fbpx

Eldstal cari ‘manis’ di Piala Asia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELDSTAL mengakui keputusan untuk kembali dari persaraan antarabangsa sangat berbaloi dan memburu penamat terbaik bersama Harimau Malaya di Qatar nanti. - FB FAM

TONGGAK pertahanan negara, Junior Eldstal merasakan keputusannya keluar daripada persaraan antarabangsa mula membuahkan hasil dan mengimpikan sesuatu yang lebih manis di pentas Piala Asia.

Sama seperti harapan peminat dan seluruh rakyat Malaysia, pemain yang mewakili kelab Indonesia, Dewa United FC ini turut mengidamkan keputusan lebih baik bagi memastikan ‘balasan’ bermakna buat dirinya.

“Selepas kembali daripada persaraan, sasaran dan dalam hati tetap sama iaitu mahu terus bermain dengan pasukan negara. Apabila dapat peluang, ia jadi seperti nilai tambah kepada saya.

“Sejak Kim Pan-gon datang, kami saling memahami, beliau juga tahu kualiti dan bila beliau akan gunakan khidmat saya. Saya cukup yakin dengan jurulatih dan sudah pasti peluang ini jadi satu penghargaan buat saya,” katanya.

Pada 2018, bekas pemain Sarawak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil keputusan bersara dan tindakan itu dikatakan berpunca daripada tekanan mental dihadapi selepas gagal menerjemahkan prestasi lebih baik.

“Jurulatih sentiasa beri keyakinan dan mahu pemain yakin dengan kemampuan sendiri. Nikmati setiap detik di kejohanan besar seperti ini dan paling penting dia tahu yang kami ada kemampuan.

“Semua pemain tahu sudah lama kita tidak layak, jadi fikiran kami sekarang perlu jadi lebih baik kerana kami datang bukan sekadar sertai pertandingan sebaliknya cuba untuk bersaing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI