fbpx

DBKL serbu Chow Kit, sita barangan 12 peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa DBKL memeriksa salah sebuah premis perniagaan dalam operasi sekitar Jalan Chow Kit, semalam.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menyita 12 premis perniagaan milik warga asing sekitar Jalan Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur, di sini semalam.

Menerusi satu kenyataan, DBKL berkata, serbuan tersebut bermula kira-kira pukul 9 malam kira-kira melibatkan premis penjaja makanan dan minuman, ubat-ubatan seks serta premis perniagaan pakaian terpakai (bundle).

Menurut DBKL, pihaknya telah  memindahkan barangan ke atas pemilik aktiviti atau tapak lot perniagaan yang gagal mempamerkan lesen dan dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran melibatkan sembilan peniaga barangan terpakai (bundle).

“Kami membuat pemeriksaan keatas aktiviti perniagaan dan penjajaan terdiri daripada ubatan seks, makanan, minuman dan pakaian terpakai (bundle) seperti baju, seluar, kasut dan lain-lain barangan melibatkan pekerja, pembantu, peniaga dan pengendali warga negara asing dari Bangladesh dan Indonesia.

“Hasil serbuan mendapati lebih daripada 200 aktiviti perniagaan bazar pakaian terpakai dan lain-lain penjualan barangan am dan aksesori yang beroperasi sepanjang Jalan Haji Taib, Chow Kit ini.

“Tindakan penguatkuasaan operasi khas dijalankan menerusi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI