fbpx

Amaran ribut petir di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengemas kini amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi beberapa kawasan melibatkan negeri di Pantai Timur, selatan Malaysia serta Timur Malaysia.

Menurut MetMalaysia, negeri di Pantai Timur yang terlibat ialah Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).

“Selain itu, amaran ini turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan juga Melaka.

“Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Mukah, manakala di Sabah, amaran ini berkuat kuasa di daerah Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu),” katanya.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut akan berkuat kuasa sehingga pukul 5 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI