fbpx

Aina Abdul, Ernie Zakri ‘tekup mulut’ peminat toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUET memukau Aina Abdul dan Ernie Zakri menerusi lagu Gundah di Kota Singa malam tadi meraih pujian peminat.

PETALING JAYA – “Persembahan khas untuk peminat toksik yang suka melaga-lagakan.”

Itu antara respons netizen terhadap persembahan duet serasi Aina Abdul dan Ernie Zakri menerusi Konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore yang berlangsung di The Theatre, Mediacorp, malam tadi.

Kehadiran Ernie Zakri dalam konsert terbabit sebagai penyanyi jemputan yang mengalunkan lagu Gundah secara duet bersama Aina sebelum melantunkan lagu terbaharunya berjudul Masing-Masing.

Persembahan tersebut dirakam penonton dan dimuat naik ke dalam TikTok, sekali gus tular dan meraih pelbagai respons.

Semakan Kosmo! Online dalam media sosial mendapati rata-rata netizen berpuas hati selain meminta Aina dan Ernie menghasilkan album duet yang memuatkan lagu pelbagai genre.

“Rasa macam nak menangis tengok persembahan mereka, terlalu sempurna, tolong hasilkan lagu duet bersama, biar pembenci melopong tengok, “ komen seorang peminat.

“Aina dan Ernie permata negara yang harus dijaga bukan dilaga-lagakan, mereka berdua sangat berkualiti,” demikian komen seorang lagi peminat.

“Tolong hasilkan album duet yang memuatkan pelbagai genre lagu, baru peminat puas nak dengar karya kalian, bukan boleh tengok masa konsert saja,” komen netizen.

Selepas kejayaan tiga konsert solo di Malaysia, Aina, 31, terbang ke Singapura bagi menjayakan konsert solo pertamanya di negara itu.

Bertempat di The Theatre at Mediacorp yang dihadiri sekitar 1,800 penonton, persembahan memukau anak kelahiran Johor itu sekali lagi hangat diperkatakan dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI