fbpx

21 lokasi di 7 negeri berlaku bencana semasa tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (kiri) semasa melawat projek Jalan Persekutuan FT008 Projek LTU di RKT Kesedar Paloh di Gua Musang, hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 21 lokasi bencana yang berlaku ketika Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di tujuh negeri sejak dua bulan lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, negeri berkenaan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Perak dan Kedah yang melibatkan 13 jalan persekutuan dan lapan jalan negeri.

Berdasarkan jumlah itu, sebanyak 10 lokasi membabitkan cerun runtuh, jalan runtuh (4 lokasi), banjir (4 lokasi) serta jambatan rosak atau runtuh (3 lokasi).

“Johor catatkan kawasan yang paling banyak terjejas iaitu enam kawasan, Pahang (4 kawasan), Kelantan dan Perak (3 kawasan), Kedah dan Terengganu (2 kawasan) selain Selangor (satu kawasan),” katanya selepas melawat Jalan Persekutuan FT008, Seksyen 258.00 Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander memberitahu, KKR masih menjalankan siasatan, pemantauan dan anggaran keperluan kewangan untuk membaiki lokasi-lokasi bencana itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI