fbpx

Sedih kenapa kaitkan dengan arwah mak – Khai Bahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAI BAHAR

 

PETALING JAYA – Lama berdiam diri, penyanyi Khai Bahar akhirnya tampil bersuara apabila kerap dikaitkan dengan isu hubungan sejenis.

Lebih membuatkan pemilik nama penuh Muhammad Khairul Baharuddin, 30, itu sedih apabila tuduhan tersebut turut dikaitkan sebagai pemergian ibunya, Allahyarham Rosnah Muhammad, 62, pada Selasa lalu.

“Ramai minta abaikan. Ya, sebelum ini memang tidak pernah ambil tahu langsung tentang orang caci maki tetapi sekarang aku sedang ‘sakit’! Syurga aku sudah tiada.

“Tetapi apabila hendak kaitkan tentang arwah mak, aku sedih!

“Aku kenal diri aku, kenal kawan-kawan dan jaga aib masing-masing. Kalau boleh sokong dan jangan caci maki,” luahnya dalam Instagram.

Pelantun lagu Bayang itu bagaimanapun tetap memafkan mana-mana individu yang menyebarkan fitnah tentang dirinya.

“Aku maafkan dan minta maaf kalau pernah buat silap.

“Dosa dengan Allah SWT biarlah aku tanggung sendiri. Mungkin esok atau lusa aku sudah tiada, baru kau boleh berhenti mencari salah aku,” ujarnya.

Menjelaskan percutiannya ke Pulau Langkawi yang menjadi topik perbualan hangat segelintir netizen, dia ke sana hanya untuk menyambut tahun baharu dan sambutan hari lahir salah seorang sahabatnya.

“Cukuplah, aku pergi dengan kawan-kawan baik yang sudah kenal bertahun-tahun lamanya.

“Mereka kawan lama aku, jangan sampai memfitnah. Kalau tidak boleh gembirakan aku, jangan buat aku sedih dengan setiap perkara yang berlaku ketika ini.

“Jangan hendak salahkan aku dengan apa yang terjadi,” ujarnya lagi.

Tuturnya, dia bukanlah seorang individu yang mudah melenting apabila dilemparkan perkara negatif tetapi terpaksa bersuara kerana berkait dengan kematian ibunya.

“Saya tidak pernah langsung hendak ambil tahu tentang perkara sebegini walaupun sebelum ini ada juga yang lebih dahsyat berlaku.

“Namun kali ini sudah melibatkan arwah mak. Rasa sakit sangat sebab kehilangan orang yang kita utamakan dalam hidup.

“Minta maaf semua, saya janji ini kali terakhir meluahkan perasaan,” katanya lagi.

Terdahulu, ibu Kha meninggal dunia dalam tidur di kediaman mereka di Kangar, Perlis pukul 10.40 malam pada Selasa lalu.

Rosnah disahkan meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang yang dihidapinya sejak tahun lalu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar pada Rabu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI