fbpx

Sanggup jadi ‘hanger’ demi konsert Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT menyenaraikan antara pekerjaan yang boleh dilakukan demi menyusup masuk ke konsert. Siti Nurhaliza.

CERITA tentang konsert solo Datuk Seri Siti Nurhaliza masih belum berakhir dalam media sosial.

Sehingga hari ini masih ramai yang merayu agar Siti menambah hari konsert kerana tidak berpeluang membeli tiket sebelum ini.

Bukan sahaja rayuan, terdapat juga individu yang tidak berkesempatan membeli tiket muncul dengan pelbagai idea lucu supaya dirinya dapat juga hadir pada hari konsert tersebut seperti menjadi penjaga tapak parkir dan tandas, gantungan baju, pengawal keselamatan serta petugas kebersihan.

Gelagat lucu individu yang menggunakan nama @xmmahd dalam TikTok itu membuatkan netizen tidak kering gusi malah berharap dia mendapat tiket istimewa daripada Siti.

“Tolonglah Siti atau wakil penganjur konsert berikan dia tiket. Macam-macam watak sudah dilakukan, kasihan tapi lucu.

“Mungkin mereka yang tidak dapat beli tiket tempoh hari boleh memilih salah satu kerja yang boleh dilakukan pada hari konsert. Sekurang-kurangnya boleh dengar suara Siti dari luar stadium,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI