fbpx

Polis berkas peniaga jual air ketum dicampur ubat batuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemilik kedai ditahan kerana mencampurkan minuman ketum dengan ubat batuk di Pattaya baru-baru ini. - Foto TMN Cable TV Pattaya

BANGKOK  – Polis Thailand menahan pemilik sebuah gerai di Pattaya kerana menjual minuman ketum yang dicampur dengan ubat batuk, lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Berpandukan maklumat daripada Pusat Pemerintah Polis Wilayah 2, anggota-anggota polis menyerbu gerai  tersebut di  Soi Nern Phlap Wan, Nongprue, daerah Banglamung, wilayah Chonburi. 

Mereka menemui dan kemudian merampas 18 liter minuman ketum yang dicampur ubat batuk serta disimpan di celah-celah botol air minuman biasa sebelum diletakkan di dalam bekas penyejuk besar.

Pemilik kedai berusia 44 tahun itu berdepan dengan tuduhan menjual minuman ketum yang dicampurkan dengan bahan lain.

Menurut pegawai polis yang mengetuai serbuan itu, Leftenan Kolonel Chumpol Saenwichai, penahanan itu berlaku di tengah-tengah tindakan keras terhadap kedai yang menjual minuman ketum kerana ia boleh menyebabkan mabuk, ketagihan malah membawa kepada komplikasi kesihatan.

Serbuan itu dilakukan selepas ibu bapa yang bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka menghubungi Pusat Pemerintah Polis Wilayah 2 untuk memaklumkan tentang perbuatan pemilik kedai tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI