fbpx

Lelaki kahwin empat 10 tahun tidak bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga isteri Watanabe tinggal bersama. - Oddity Central

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun tular kerana mempunyai empat isteri dan tiga anak kecil, namun sudah tidak bekerja selama lebih satu dekad, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Kehidupan Ryuta Watanabe, 35, dari Sapporo, Pulau Hokkaido didokumentasikan menerusi rancangan televisyen, Abema Prime di Abema TV, baru-baru ini.

Watanabe tinggal serumah bersama tiga isterinya. Tiga wanita itu masing-masing mempunyai sebuah bilik tidur yang didiami bersama anak kecil mereka.

Isteri pertama Watanabe berusia 27 tahun, manakala isteri kedua dan ketiga masing-masing berusia 24 dan 22 tahun. 

Isteri pertama Watanabe melahirkan dua anak yang kini berusia dua tahun dan satu tahun, manakala anak ketiga yang dilahirkan isteri keduanya berusia lima bulan.

Isteri keempat Watanabe pula tinggal berasingan dengan mereka.

Empat wanita itu bekerja untuk menampung pembelanjaan keluarga mereka sebanyak 850,000 yen (RM2,7353) sebulan. Watanabe pula ditugaskan untuk menguruskan kerja rumah.

“Saya tidak rasa bersalah kerana mengamalkan poligami,” kata Watanabe sambil menambah, dia ingin mencipta sejarah dengan memiliki 54 anak. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI