fbpx

Kerajaan Perak ambil serius dakwaan seleweng duit zakat MAIPk – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad (kanan) beramah mesra bersama mahasiswa pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Siswa Perak Sejahtera 2023 di UPSI, Tanjung Malim hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memandang serius isu penyelewengan duit kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) seperti yang didakwa berlaku, baru-baru ini.

Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perak menegaskan, pihaknya tidak akan bersifat lepas tangan kerana ia melibatkan negeri berkenaan.

“Ia juga telah menjadi kes polis. Jadi, kita ambil iktibar dan perbaiki kelemahan jika ada,” katanya ketika hadir ke Majlis Penutup Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 di Dewan Panggung Percubaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini.

Jelasnya, beliau bakal mengadakan perbincangan bersama MAIPk untuk meneliti semula kaedah kutipan duit zakat termasuk dalam talian bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan, polis melakukan siasatan terhadap sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk selepas dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023 berjumlah RM9.62 juta.

Difahamkan, rentetan kes itu membawa kepada penahanan pasangan suami isteri masing-masing berusia 50 hingga 53 tahun oleh pihak polis hari ini bagi membantu siasatan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI