fbpx

Dibelasah rakan kerana enggan ponteng sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular dipercayai membabitkan pelajar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana memukul rakannya di tepi Jalan Prima Pelangi, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tular itu pada pukul 5.33 petang.

Katanya, seorang lelaki tempatan membuat laporan memaklumkan anak lelakinya berusia 15 tahun telah dipukul oleh rakan sekolahnya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca kerana mangsa tidak mahu mengikut suspek ponteng sekolah.

“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian memaksa mangsa membonceng motosikal sebelum dibawa ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi tersebut, mangsa telah dipukul berkali-kali di bahagian muka dan dada dengan menggunakan topi keledar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Sukarno, semasa kejadian, rakan-rakan suspek merakam video kejadian itu sebelum tersebar dalam media sosial.

Susulan kejadian itu, beliau memaklumkan polis membuat tangkapan ke atas suspek pada pukul 1.22 pagi tadi.

“Polis merampas topi keledar jenama MS88 berwarna merah yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03- 40482222.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI