fbpx

Warga asing melepak Hentian Bas MBKT diserbu JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 220 warga asing yang diperiksa JIM dalam serbuan di Hentian Bas MBT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini yang menjadi lokasi kegemaran warga asing berkumpul pada hujung minggu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Kutip hari ini.

Pengarah JIM Terengganu, Azhar Abd. Hamid berkata, pemeriksaan terhadap 220 warga asing pelbagai negara mendapati 30 daripada mereka melakukan kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan termasuk seorang wanita terdiri daripada 15 warga Bangladesh, Nepal (tujuh), Indonesia (lima), Myanmar (dua) dan India (seorang).

“Seramai 18 daripada 30 orang tersebut didapati menetap di negara ini melebihi tempoh masa dibenarkan yang merupakan kesalahan mengikut Sekyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya selepas mengetuai Op. Kutip di sini hari ini.

Sewaktu serbuan itu, kebanyakan warga asing terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an berkenaan sedang bersantai dan membeli barang keperluan sempena cuti hujung minggu.

Azhar berkata, baki 12 warga asing yang ditahan pula didapati tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk memasuki negara ini.

Tambah beliau, pendatang asing tanpa izin (PATI) berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama.

“Sebelum ini, JIM menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan yang tidak selesa dengan kehadiran ramai warga asing yang gemar berkumpul di Hentian Bas MBKT terutama pada hujung minggu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI