fbpx

[VIDEO] 16 gerai penjaja di Jelutong musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kebakaran yang berlaku di Tapak Penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Kira-kira 16 gerai di Tapak Penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong di sini musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi itu ketika peniaga dikatakan sedang membuat persiapan membuka operasi perniagaan pada sebelah pagi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Rosli Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran pada pukul 5.32 pagi tadi.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran melibatkan bantuan keanggotaan dari BBP Paya Terubong dan Lebuh Pantai.

“Kebakaran melibatkan tapak penjaja makanan (medan selera) kelas C dengan anggaran kemusnahan adalah kira-kira 80 peratus.

“Ketika kejadian, peniaga di situ dikatakan baru hendak memulakan perniagaan dan tiada pelanggan di tempat kejadian,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.49 pagi tadi dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan pasukan Forensik Bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI