fbpx

Tutup kedai jaga anak sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaili (kiri) bersama anaknya, Muhammad Khairul Ikhwan yang menggunakan bantuan pernafasan ketika ditemui di Kampung Parit Wer, Telok Kerang, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Sepasang suami isteri hilang punca pendapatan apabila terpaksa menutup perniagaan menjual sarapan bagi memberi tumpuan untuk menjaga anak mereka yang kini sakit akibat kemalangan.

Suhaili Ahmad, 45, dan isterinya, Rozaliffah Salikin, 46, kini hanya mengharapkan wang simpanan selepas anak mereka, Muhammad Khairul Ikhwan, 14, terbabit terbabas sendiri di Taman Rekreasi Sungai Rambah ketika menunggang motosikal pada 11 November lalu.

Katanya, anaknya koma selama 10 hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Dia cedera parah pada kepala dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan darah beku selain pendarahan pada telinga dan luka-luka pada tangan serta badan.

“Ketika itu saya sedang berniaga di kedai dan dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut oleh kawan anak. Apabila sedar, doktor telah menebuk lehernya untuk memasukkan saluran pernafasan dan hanya minum susu melalui hidung,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Wer, Telok Kerang, di sini.

Menurut Suhaili, anaknya sudah boleh berjalan, tetapi perlu memakai bantuan pernafasan selama lapan bulan lagi.

Tambahnya, sepanjang tempoh itu, dia langsung tiada sumber pendapatan kerana memberi tumpuan kepada Ikhwan dan hanya bergantung kepada bantuan ahli keluarga

“Sebelum ini kami dapat sehingga RM500 sehari ketika berniaga di gerai milik Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Selatan,” katanya.

Ujar Suhaili, anaknya me­nerima enam tin susu formula, sebuah mesin penyedut kahak dan tongkat daripada Baitumal. Dia turut mempunyai anak OKU lemah pembelajaran berusia 11 tahun.

Tambahnya, harga setin susu formula tersebut berharga RM110 dan berharap mempu­nyai sumber kewangan mencukupi bagi memenuhi keperluan anaknya itu selepas ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Suhaili di talian 011-1448 1539 atau menghulurkan sumbangan ke akaun BSN (0112241100029161).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI