fbpx

Sunat bayar hutang jika si mati tiada harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Anak atau waris kepada si mati sunat untuk membayar hutang arwah sekiranya dia meninggal dunia tanpa sebarang harta.

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, walaupun sunat, tetapi waris digalakkan menyelesaikan hutang tersebut sebagai sedekah kepada si mati untuk amalnya di akhirat kelak.

Namun katanya, sekiranya arwah meninggalkan harta, maka anak atau warisnya wajib menyelesaikan dua hutang iaitu hutang agama dan hutang dengan manusia.

“Waris tiada hak ke atas harta si mati, itu semua hak Allah. Sebagai contoh jika ayah tinggal harta RM100,000 itu semua hak Allah.

“Jadi bagaimana nak jadi hak waris, dua benda kena buat, pertama bayar hutang agama. Kalau si mati belum pergi haji, ambil duit itu buat badal haji.

“Kalau anak tak mahu bayar, pikul anak tohok (buang) dalam parit, kerana itu hak Allah, dia tiada hak. Kalau tak ambil, kira berdosa,” katanya dalam satu sesi soal jawab di sebuah masjid sebelum ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, cara kedua untuk membolehkan harta si mati boleh dibahagikan kepada waris adalah dengan menjelaskan duhulu hutang dengan manusia.

“Kalau si mati ada hutang kedai runcit, contoh ambil beras belum bayar, wajib selesaikan dahulu.

“Baki selepas selesai dua perkara ini (hutang agama dan hutang manusia) barulah boleh jadi hak waris. Jadi kalau mayat itu ada hutang wajib ambil duit dia bayar hutang,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI