fbpx

Sindiket judi online raih RM3 juta sebulan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jafri pada sidang akhbar sindiket judi online tumpas di Jabatan Imigresen Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Keuntungan diperolehi bukan biasa-biasa, malah mampu mencecah hingga RM100,000 sehari atau RM3 juta sebulan. Itulah keuntungan diraih sindiket judi atas talian didalangi sekumpulan warga China sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, sindiket bertapak di unit kondominium mewah di Kuala Lumpur itu akhirnya tumpas selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) petang semalam.

Dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Bangsar dan Ampang itu, JIM berjaya menahan sembilan lelaki warga China berusia antara 25 hingga 39 tahun termasuk dalang sindiket berusia 39 tahun.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha berkata, serbuan itu dilakukan selepas menerima aduan orang ramai selain risikan oleh pihaknya sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, daripada sembilan yang ditahan, tujuh orang memiliki Pas Lawatan Sosial dan dua lagi memiliki Pas Khas yang masih sah.

“Serbuan sama turut menahan enam individu untuk membantu siasatan termasuk lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 19 hingga 25 tahun.

“Kami turut merampas wang tunai sebanyak RM18,000, sembilan naskhah pasport China, 11 unit monitor, lima unit komputer, 15 unit komputer riba, 33 unit telefon bimbit, enam unit router wifi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Alphard,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI