fbpx

Remaja 17 tahun bawa bom, tembak 5 orang di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA pihak berkuasa mengawal Sekolah Tinggi Perry, Iowa semalam. - Foto The PerryNews.com/Storyful

WASHINGTON  – Seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun menembak lima orang termasuk pengetua di Sekolah Tinggi Perry, Iowa, sebelum remaja menembak dirinya sendiri, kata polis seperti dilaporkan portal berita RT semalam.

Dalam kejadian itu, empat pelajar dan pengetua sekolah, Dan Marburger cedera ditembak dan dihantar ke sebulah hospital untuk mendapat rawatan. 

Menurut polis, sebuah alat letupan buatan sendiri ditemui di sekolah itu, namun polis berjaya memastikan ia tidak meletup.

 Polis enggan berkongsi sebarang maklumat lanjut tentang alat letupan itu selain meyakinkan orang ramai bahawa sekolah tersebut kini selamat.

Pihak berkuasa  dihubungi berhubung serangan itu  pukul 7.37 pagi (waktu tempatan) semalam. Semalam merupakan hari pertama pelajar kembali ke sekolah  selepas  cuti musim sejuk.

Remaja yang dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Dylan Butler itu membawa pistol  dan senapang patah, kata Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Iowa, Mitch Mortvedt,

Pihak berkuasa menghantar 150 anggota peringkat tempatan, negeri dan persekutuan sebagai tindak balas pantas ke lokasi kejadian, katanya.

Mortvedt enggan mendedahkan motif serangan, namun mengesahkan pelajar berkenaan pernah membuat sejumlah hantaran di media sosial sebelum kejadian berlaku dan polis sedang mengumpulkan bukti tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI