SELAYANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menikmati makan tengah hari sambil beramah mesra dengan penduduk setempat di Gerai Sri Dahlia, Medan Selera Bandar Baru Selayang hari ini.
Ketibaan beliau kira-kira pukul 12.30 tengah hari di premis makanan itu disambut pemilik gerai tersebut.
Anwar yang juga Menteri Kewangan seterusnya dijadualkan menyertai solat Jumaat di Masjid al-Firdaus, Bandar Baru Selayang.
Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri adalah penduduk setempat pelbagai peringkat umur yang menunggu kehadiran beliau sejak pukul 11.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE