fbpx

PIX jadikan P. Pinang pemain utama landskap digital serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind (lima dari kiri) dan Kon Yeow (empat dari kiri) ketika merasmikan PIX di George Town, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Pelancaran platform Penang Internet Exchange (PIX) oleh pengendali Internet, DE-CIX Malaysia mampu menjadikan Pulau Pinang sebagai pemain utama landskap digital serantau.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, lokalisasi trafik internet yang strategik dijangka akan menarik pelaburan serta merangsang pertumbuhan teknologi sekali gus memupuk persekitaran kondusif untuk kemajuan inovasi.

“Langkah ini sejajar dengan agenda nasional yang bukan sahaja berhasrat untuk meningkatkan aspek kesalinghubungan, tetapi juga menjadikan negara sebagai peneraju dalam revolusi digital.

“Ini bukan hanya tentang mengurangkan kependaman (lengah masa) rangkaian malah ia adalah tentang mencipta ekosistem digital tempatan bagi memudahkan penggunaan teknologi terkini.

“Dalam hal ini, kita tidak hanya menyambut peranan PIX sebagai pusat pertukaran data tetapi juga mengakui implikasinya yang lebih luas untuk negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PIX di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Gobind turut memuji usaha DE-CIX Malaysia dalam menghubungkan ketersambungan serantau di luar Pulau Pinang menerusi rancangan membangunkan IX di sempadan Malaysia dan Thailand yang dijangka bermula tahun ini.

“Inisiatif ini berupaya mengukuhkan kedudukan negara sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem digital serantau secara lebih meluas.

“Kerajaan Persekutuan komited memajukan penyambungan digital di seluruh negara dengan inisiatif seperti Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) menunjukkan kesungguhan dalam membina infrastruktur digital yang kukuh untuk perniagaan dan rakyat di seluruh negara.

“Secara lebih dekat, inisiatif seperti sistem pengenalan diri dalam talian atau MyDigital ID dan Pangkalan Data Utama (PADU) yang baru dilancarkan juga merupakan satu daripada komponen utama yang dilihat sebagai pemangkin dalam menjalani usaha Malaysia sebagai kerajaan digital,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI