fbpx

Perdana Menteri luang masa solat Jumaat di Bandar Baru Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang di sini hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

SELAYANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang hari ini.

Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu serta bersamping itu tiba kira-kira pukul 1.15 petang disambut pengurusan masjid serta jemaah selepas makan tengah hari di sebuah restoran di kawasan tersebut.

Seramai kira-kira 1,000 jemaah lain turut bersama Perdana Menteri itu mendengar khutbah bertajuk ‘Kewajipan menjaga keluarga’ sebelum menunaikan solat Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan itu sempat beramah mesra dan bergambar bersama jemaah serta kanak-kanak sebelum ke destinasi seterusnya difahamkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya akan ke Institut Jantung Negara (IJN) sekejap,” katanya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI