fbpx

Penduduk kampung gempar jumpa pocong kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAIN putih yang berbentuk seperti pocong mengganggu penduduk Kampung Sruwi. - Foto Istimewa

JAKARTA  – Penduduk Kampung Sruwi, daerah Winongan, Pasuruan, Jawa ketakutan selepas kain putih kelihatan seperti pocong ditemui di hadapan beberapa buah rumah, lapor portal berita Akurat.co semalam.

Penghuni empat buah rumah menemui kain putih kecil berisi dedaunan dan dibalut  supaya kelihatan seperti pocong.

“Apabila dibuka, isinya ialah daun kelor, daun jeruk dan daun jarak dibungkus dengan kain putih seperti pocong.

“Saya membuat laporan kepada pihak pentadbiran desa. Ia (kain putih seperti pocong itu) kemudian dibakar di balai desa,” kata seorang penduduk dikenali sebagai Rifai.

Ketua Kampung Sruwi, Tikam mengesahkan bahawa kain putih itu terdapat di empat buah rumah dan kejadian tersebut sudah berlaku selama 10 hari.

Kata Tikam, pihaknya bekerjasama dengan polis dan berpendapat perbuatan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tetapi penduduk kampung tetap berasa takut.

Dia berkata, penduduk berharap orang yang melakukannya dapat ditangkap supaya motif dia berbuat demikian dapat diketahui. – AGENSI    

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI