fbpx

Morales tambah ‘kuku’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORALES (kanan) dianggap sebagai antara penyerang tulen yang mampu menyelesaikan isu ketajaman jentera serangan skuad Harimau Malaya. - FB FAM

PENYERANG naturalisasi terbaharu negara, Romel Morales dijangka menjadi ‘senjata rahsia’ buat Harimau Malaya menjelang kempen Piala Asia 2023 di Qatar yang akan membuka tirai rasmi pada 13 Januari depan.

Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kelemahan utama pasukan negara sebelum ini adalah jentera serangan yang kurang berbisa untuk menembusi gawang lawan.

Kata Zainal, kehadiran Morales dilihat boleh mengurangkan sedikit bebanan yang sebelum ini dipikul oleh penyerang berdarah kacukan negara, Darren Lok dalam usaha merebut ‘jersi No. 9’ negara di Doha nanti.

“Saya lihat sebelum ini kelemahan pasukan adalah di posisi atas (serangan) memandangkan kita hanya ada seorang pemain bertaraf penyerang sejati menerusi Darren.

“Kemudian, barisan kejurulatihan cuba meletakkan Paulo Josue di atas dan ia juga tidak menjadi kerana itu bukanlah posisi kegemarannya.

“Justeru, saya harap kehadiran Morales dalam skuad kebangsaan kali ini dapat menajamkan lagi jentera serangan pada kempen Piala Asia nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sementara itu, bekas pengendali pasukan Selangor itu turut percaya semua 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon pada kempen kali ini adalah yang terbaik.

“Saya lihat kita memiliki skuad yang terbaik berdasarkan sistem taktikal yang cuba diterapkan oleh Pan-gon. Semua pemain dijangka boleh menyumbangkan sesuatu buat pasukan sepanjang kejohanan kali ini,” katanya.

Skuad Harimau Malaya bakal membuat kemunculan pertama dalam kejohanan bola sepak berprestij Asia itu buat kali pertama selepas menjadi tuan rumah pada edisi 2007.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E dan dijadualkan menentang Jordan pada 16 Januari, disusuli aksi menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI