fbpx

Mesej tular catuan air di P. Pinang palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej tular yang dinafikan PBAPP hari ini.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengesahkan mesej tular mengenai pencatuan air ketika gangguan bekalan air berjadual berlaku selama empat hari, bermula Rabu ini adalah palsu.

PBAPP dalam satu kenyataan berkata, kemas kini maklumat berhubung gangguan bekalan air dari 10 hingga 14 Januari ini boleh diperoleh di halaman Facebook serta laman web pihak berkenaan.

“Kepada semua pelanggan PBAPP yang dihormati, dimaklumkan bahawa mesej tular catuan air yang sedang viral adalah tidak benar,” katanya di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa lega setelah pihak PBAPP memuat naik kenyataan penafian mesej yang tular sejak beberapa minggu lalu.

“Ramai pula yang percaya. Tinggal empat hari lagi sebelum 10 haribulan, depa (mereka) percaya belah (kawasan) mana yang ada ayaq (air),” tulis seorang pengguna media sosial.

“Siapa yang rajin karang mesej panjang-panjang buat berita palsu ini,” balas seorang lagi pengguna sosial.

“Apa salahnya kalau betul, sekurang-kurangnya boleh membantu meringankan beban kami semua,” seloroh seorang lagi pengguna.

Terdahulu, tular satu mesej menerusi kumpulan WhatsApp mengenai jadual pencatuan air di Pulau Pinang bermula 10 hingga 13 Januari ini, bagi tujuan pihak PBAPP menjalankan kerja-kerja naik taraf.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari, mulai 10 hingga 14 Januari ini.

Gangguan tersebut berlaku untuk membolehkan PBAPP menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI