fbpx

Kerajaan negeri bantu 1.8 juta rakyat Perak daftar PADU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang akhbar Exco Komunikasi Azlan Helmi ketika melawat Kaunter Pendaftaran PADU di PEDi Batu 8 Tambun. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Kerajaan Perak akan melipatgandakan usaha bagi memastikan semua penduduk di negeri ini yang berkelayakan mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Dianggarkan seramai 1.8 juta penduduk berusia lebih 18 tahun di Perak layak mengisi sistem itu yang dilancar dan dikendalikan oleh Kementerian Ekonomi baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd. Azlan Helmi berkata, pihaknya akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mempromosi serta menerangkan berkenaan PADU selain menyediakan kemudahan untuk rakyat mengisi PADU.

Malah, katanya, Perak akan menyediakan kemudahan mengisi maklumat menerusi komputer di 70 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri ini selain menempatkan kakitangan pembantu di lokasi tersebut.

Beliau berharap penduduk negeri ini segera mengisi sistem tersebut dengan tidak menunggu pada saat-saat akhir kerana khuatir rangkaian atau PEDi akan bersesak apabila menghampiri tarikh tutup pada 31 Mac ini.

“Saya juga akan melakukan sesi taklimat kepada semua dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam masa terdekat supaya semua ADUN maklum tentang perkara ini dan membantu kawasan masing-masing.

“Saya juga menyarankan masyarakat supaya berhati-hati dengan scammer (penipuan). Jangan terperdaya dengan perkongsian pautan pihak tertentu. Kalau ada kemusykilan, sila rujuk kepada PEDi atau agensi kerajaan negeri dan Pusat,” katanya ketika hadir ke PEDi Tambun hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI