fbpx

Lima suspek samun warga asing diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

REMBAU – Polis sedang memburu kumpulan lelaki yang menyamun warga asing di rumah dalam dua kejadian berasingan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 1.40 pagi pada 3 Januari lalu di Kampung Senama Tengah.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit, lima telefon bimbit dan dua pasport hilang dengan kerugian RM1,000.

“Bagi kes ini, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun mengatakan mereka di datangi empat lelaki yang menutup muka menggunakan baju dari tidur dengan lima rakan lain.

“Mereka cuba menjerit tetapi diketuk menggunakan besi dan kayu di bahagian kepala dan kaki oleh suspek. Kejadian berlaku kira-kira empat minit sebelum kumpulan penyamun berkenaan melarikan diri ke semak berhampiran,” katanya, di sini, hari ini.

Hazri berkata, kejadian kedua pada pukul 2 pagi semalam di rumah kongsi Jalan Mampong membabitkan kerugian antaranya wang tunai sebanyak RM5,000, tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenama dan pasport.

“Modus operandi serupa iaitu menyamun dengan muka bertutup dan masuk ke rumah kongsi pada waktu awal pagi.

“Penyamun terus memukul buruh binaan warga Bangladesh dan meminta mereka mengeluarkan segala barang-barang berharga dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI