fbpx

Langkah Dubai: PN tak amal budaya beli MP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan Perikatan Basional (PN) tidak mengamalkan budaya membeli Ahli Parlimen sekali gus menepis dakwaan wujudnya ‘Langkah Dubai’ yang dikaitkan dengan gabungan itu.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, Pas tetap bersedia dan menunggu perubahan kerajaan melalui proses demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

“Pas dan rakan-rakan dalam PN memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung.

“Kami tidak perlu (bergantung) kepada budaya ‘beli’ Ahli Parlimen dengan menggunakan duit yang banyak dan janji-janji, tetapi berpijak di bumi yang nyata dan mengamalkan politik demokrasi yang sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa wujud satu gerakan dikenali sebagai ‘Langkah Dubai’ untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ismail mendakwa satu pertemuan telah diadakan antara pemimpin PN dengan pihak dalam kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengenal pasti Ahli Parlimen yang berpotensi mengalih sokongan mereka kepada pembangkang.

Dalam pada itu, spekulasi tersebut turut disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui menerima laporan ‘perisikan’ berhubung perkara terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI