fbpx

Kucing mundar-mandir petanda kehadiran ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menunjukkan ular sawa batik yang ditangkap di Kampung Pengkalan Cherang, Panji, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN APM.

KOTA BHARU – Kucing peliharaan seorang lelaki yang mundar-mandir dan tidak senang duduk membongkarkan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram di kawasan pagar sebuah rumah di Pengkalan Cherang, Panji, di sini semalam.

Saksi kejadian, Nor Monawwarah Musa, 34, berkata, dia melihat jirannya itu sedang membersihkan kawasan rumah kira-kira pukul 5.45 petang.

Wanita itu yang keluar rumah untuk membuka pintu pagar melihat jirannya cuba menarik bahagian ekor reptilia sepanjang lima meter itu.

“Ular itu ditemui sedang menjalar atas pagar rumah jiran. Dia (jiran) ternampak ular itu selepas melihat kucingnya mundar-mandir dan tidak senang duduk semasa bermain di kawasan pagar rumahnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Monawwarah memberitahu, dia segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mengambil ular itu selepas jirannya berjaya menangkap reptilia tersebut.

Pegawai APM Kota Bharu, Mohd. Saiful Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.31 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati ular itu sudah dijerut, namun masih hidup. Anggota APM kemudian memasukkan ular tersebut ke dalam guni,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI