fbpx

KBS sediakan skrin gergasi di SNBJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Harimau Malaya kini sedang giat jalani latihan sejak mula tiba di Qatar, Isnin lalu. - FAM

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan inisiatif tayangan skrin gergasi dan kali ini akan menyiarkan aksi babitkan Harimau Malaya di Piala Asia bermula dengan perlawanan pertama menentang Jordan pada 16 Januari ini.

Sedikit kelainan, tayangan kali ini akan diadakan di ‘kandang’ Harimau Malaya iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menteri KBS, Hannah Yeoh, berkata beliau berharap semua penyokong Harimau Malaya yang tidak berpeluang ke Qatar dapat memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

“KBS juga akan sediakan fasiliti skrin gergasi untuk ketiga-tiga perlawanan, kita akan membuka Stadium Nasional Bukit Jalil kepada semua penyokong Harimau Malaya. Pastikan anda datang untuk menyokong Harimau Malaya,” katanya.

Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sah akan menayangkan semua perlawanan melibatkan pasukan Harimau Malaya dan perlawanan akhir Piala Asia bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Aksi kedua Kumpulan E menyaksikan anak buat Kim Pan-gon menentang Bahrain pada 20 Januari dan aksi terakhir saingan awal bertemu gergasi Asia, Korea Selatan (25 Januari).

“Selamat mahu jaya kepada Harimau Malaya. Apabila masuk padang nanti, jika anda fikirkan anda boleh, anda pasti boleh melakukan yang terbaik,” jelas Hannah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN