fbpx

Kaum lndia turut pilih pendidikan di Pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reethikesh.

PETALING JAYA – Pendidikan kanak-kanak di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) bukan terhad kepada masyarakat beragam Islam, tetapi ia terbuka kepada semua kaum.

Buktinya, sebuah Pasti di Selangor iaitu Pasti An-Najwa di Sijangkang, Banting turut mempunyai murid dari kaum India yang bernama K. Reethikesh berusia empat tahun.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Pemuda Pas Selangor, kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut memilih untuk menghantar anaknya di Pasti berbanding taska atau tadika yang lain.

Jelas hantaran itu, selain yuran yang murah, didikan dan penerapan pelajaran juga menjadi pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat pengajian itu.

“Alhamdulillah, adik Reethikesh kini sudah pandai membaca. Tahun ini katanya akan sambung lagi untuk usia 5 tahun. Siap ajak sepupu dia untuk masuk sekali,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengakui pembelajaran di Pasti sangat berkesan kepada anak-anak mereka sehingga ramai yang berjaya.

“Saya juga merupakan salah seorang alumni Pasti tahun 1990 satu tika dulu, dan isteri saya juga merupakan alumni Pasti.

“Sekarang empat orang anak saya juga merupakan alumni dan sedang belajar di Pasti dan anak saya yang kelima Insha-Allah akan belajar di Pasti juga. Satu keluarga kami adalah keluarga pasti,” ujar Hafez Sabri.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hawa Mazlan.

“Anak saya umur empat tahun sudah sekolah Pasti sampai enam tahun, Alhamdullilah Pasti sekolah yang terbaik,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI