fbpx

Johor, Pahang kekal diancam cuaca buruk hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor antaranya Mersing dan Kota Tinggi, manakala bagi kategori waspada pula melibatkan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai serta Johor Bahru.

Selain itu, amaran yang sama bagi tahap waspada turut dikeluarkan untuk negeri Pahang merangkumi daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan itu berkuat kuasa sehingga Ahad ini.

Dalam perkembangan lain, MetMalaysia melaporkan ramalan cuaca terkini dengan menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angkin kencang berpotensi melanda beberapa kawasan sekitar Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah sehingga pukul 6 petang nanti.

Menurut laporan itu, antara kawasan berisiko dilanda hujan lebat dan ribut petir adalah di Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak dan Muar).

Bagi Sabah pula, hujan lebat melibatkan satu dua tempat di Pantai Barat (Putatan, Penampang, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid) dan Kudat (Kota Marudu),” kata laporan tersebut yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI