fbpx

Jaga solat, selalu maafkan orang antara sifat baik Hamdan Senario

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUS Hamdan Senario menyifatkan arwah seorang yang baik khususnya dalam menjaga solat dan hubungan sesama individu.

JOHOR BAHRU – Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Barangkali peribahasa tersebut sesuai menggambarkan teladan baik yang ditinggalkan Allahyarham Hamdan Senario yang sentiasa menitipkan pesanan agar sentiasa menjaga solat sewaktu hayatnya masih ada.

Pengurus Kumpulan Senario, Nizam Othman memberitahu, Hamdan merupakan seorang yang baik khususnya dalam menjaga solat dan hubungan sesama individu.

“Arwah selalu berpesan dan ingatkan kawan-kawan termasuk ahli Senario agar jangan lupa solat.

“Beliau juga sentiasa pesan agar buat baik dengan sesiapa sahaja.

“Selain itu, dia juga selalu berpesan untuk maafkan orang lain walaupun orang itu berbuat tidak baik kepada kita,” katanya yang telah menguruskan kumpulan itu sejak awal penubuhan Senario pada tahun 1996.

Hari ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Hamdan atau nama sebenarnya, Hamdan Ramli, 54, yang disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Hamdan ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.

Ahad lalu, Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru.

Acara itu adalah sempena ulang tahun ke-27 Senario. Namun, Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan deman dan terjatuh lalu dikejarkan ke HSA.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI