fbpx

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Hamdan Senario

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kiri), dan Hamdan.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga pelawak dan anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

Ucapan itu dibuat melalui satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.

“Kita semua membesar dengan lawak kumpulan Senario. Hari ini, kita terima khabar yang sangat duka.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Hamdan Ramli, pelakon dan pelawak yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” ucapnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan, Azlee Senario atau nama sebenarnya Azlee Jaafar, 55 tahun, ketika dihubungi memaklumkan, jenazah Hamdan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak petang ini, selepas selesai semua urusan jenazah untuk disemadikan.

Sebelumnya, pada 31 Disember lalu, Hamdan ditidurkan selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA Johor Bahru akibat komplikasi buah pinggang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI