fbpx

DBKL serbu Jalan Silang, Jalan Petaling, Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang disita DBKL dalam operasi semalam. Foto ihsan DBKL

KUALA LUMPUR – Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang sekitar Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India, di sini, semalam.

Operasi berkenaan diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Noor Azman Mahlin bersama 300 pegawai dan anggotanya.

Menurut DBKL, sebanyak 110 aktiviti premis perniagaan, penjajaan, halangan kaki lima, pengendali serta pembantu warga asing, gerai tanpa lesen, halangan lalulintas, iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing, kekotoran dan lain-lain kesalahan am yang berlaku.

“Sebanyak 29 premis perniagaan diambil tindakan pindah peralatan yang melakukan kesalahan halangan tempat awam, premis dikendalikan warga asing manakala 20 penjaja tanpa lesen termasuk tiga warga asing dikenakan tindakan sita barangan.

“Sehubungan itu, sebanyak 25 Notis Penguatkuasaan Teknikal dan membuat tindakan serta merta meroboh struktur-struktur sambungan di premis perniagaan yang menggantung pelbagai aksesori di lorong, laluan dan jalan awam serta menurunkan iklan dan poster haram sekitar lokasi operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, sejumlah 29 notis kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik premis perniagaan melibatkan kesalahan-kesalahan seperti beroperasi tanpa lesen, menggajikan warga asing, struktur sambungan dan halangan tempat awam.

“Selain itu, iklan tanpa kebenaran dibawah peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976, UUK Iklan (WPKL) 1982, UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

“DBKL turut menunda 12 kenderaan, angkut sembilan buah motosikal dan mengkompaun 45 kenderaan yang membuat pelbagai kesalahan halangan lalu lintas menerusi Kaedah Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua barangan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras dan Depoh Kenderaan Ditunda Jalan Pahang untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI