fbpx

CEO persatuan bola sepak direman kes rasuah RM6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki termasuk CEO sebuah persatuan bola sepak direman bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM6 juta di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah persatuan bola sepak merupakan antara empat individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM6 juta melibatkan projek litar lumba dan loji takungan air, empat tahun lalu.

Empat lelaki berusia 40 hingga 60 tahun itu ditahan ketika hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini untuk dirakamkan keterangan pada pukul 5 hingga 6.30 petang, semalam.

Mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan permohonan reman. Empat individu tersebut direman selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd. Noor.

Menurut sumber, empat individu termasuk CEO dan dua wakil perunding persatuan bola sepak sebuah negeri di utara Semenanjung itu ditahan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

“Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba serta projek mengurus, mengoperasi dan menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap keempat-empat suspek terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI