fbpx

Bagus curi wang rakan 50 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siasatan mendapati wang itu dikeluarkan oleh Bagus di sebuah pasar mini. - Pixabay

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas mencuri wang sebanyak 50 juta rupiah (RM14,977) daripada akaun bank seorang rakannya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Kejadian berlaku ketika Suwarno, 53, tertidur di rumah rakannya, Bagus Wiranto, 27, di daerah Bandung pada 17 Disember 2023.

Suwarno kemudian dikejutkan oleh Bagus yang ingin meminjam wang daripadanya, namun menyedari kad bank miliknya tiada di dalam dompet.

Dia kemudian menemuinya di bawah katil. Mangsa berasa curiga lalu segera memeriksa transaksi di mesin pengeluaran automatik (ATM) berdekatan.

Suwarno mendapati berlaku pemindahan wang sebanyak 50 juta rupiah dan segera membuat laporan di Balai Polis Kuta.

Siasatan mendapati wang itu dikeluarkan di sebuah pasar mini di kawasan sama. Selepas memeriksa rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), polis mendapati transaksi itu dilakukan oleh Bagus.

Suspek bagaimanapun dilaporkan sudah pulang ke kampung halamannya di Grobogan, Jawa Tengah. 

Bagus akhirnya ditangkap pada Isnin lalu dan mengaku menghabiskan wang itu untuk berjudi secara online. Dia mengetahui kod keselamatan kad bank Suwarno kerana pernah meminjamnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI