fbpx

Badminton: Peng Soon mahu cipta kenangan terindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENG SOON bakal membuat penampilan terakhirnya di Terbuka Malaysia dan mahu mencari penamat terbaik.

PEMAIN badminton negara, Chan Peng Soon berharap dia mampu menampilkan aksi terbaik bersama Cheah Yee See menjelang Terbuka Malaysia kerana ia adalah penampilan terakhirnya pada kejohanan badminton berstatus Super 1000 tersebut di Axiata Arena, minggu depan

Meskipun tidak meletakkan sasaran, namun Peng Soon-Yee See mahu melepasi pusingan pertama selepas diundi menentang pemain ranking ke-35 dunia dari Taiwan, Chang Ko Chi-Lee Chih Chen.

Biarpun Peng Soon-Yee See mempunyai pengalaman mengatasi pasangan Taiwan tersebut dengan dua kemenangan sebelum ini, tetapi pemain berusia 35 tahun itu percaya ia bukan satu tugas mudah.

“Bagi saya, rekod pertemuan tidak penting lagi, semuanya bergantung kepada prestasi di atas gelanggang pada hari pertandingan.

“Paling penting, apa yang saya dan Yee See lakukan dalam latihan dapat diterjemahkan dalam gelanggang, itu sahaja yang saya mahukan,” kata Peng Soon.

Mengulas mengenai peluang untuk mara lebih jauh, Peng Soon percaya perlawanan Terbuka Malaysia pasti sengit memandangkan beregu campuran yang ada pada ketika ini semua mempunyai kualiti yang begitu tinggi.

“Kalau dulu, kita berada dalam kelompok lapan terbaik dunia atau ranking 10 dunia, dikira berada di tahap yang tinggi. Tetapi sekarang berbeza, semua pemain kelompok 32 dunia sama hebat, tiada satu beregu yang boleh yakin dapat menang mudah,” kata Peng Soon.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI