fbpx

Anwar dijangka hadir Konvensyen Perpaduan Perak pada 28 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang akan diadakan pada 28 Januari depan.

Beliau dijangka hadir atas kapasiti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) serta Ahli Parlimen Tambun kini mengepalai kerajaan Perpaduan peringkat Pusat.

Setiausaha PKR Perak, Mohd. Azlan Helmi berkata, konvensyen itu adalah bagi menunjukkan bahawa gabungan parti yang membentuk kerajaan kekal fokus untuk menyelesaikan isu-isu rakyat selepas setahun berkerjasama.

“Ada juga cubaan-cubaan di luar, gosip dan khabar angin seolah-olah kerajaan akan tumbang. Ini perkara yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tambun untuk mempromosikan kempen kerajaan negeri membantu rakyat mendaftar Pangkalan Data Utama (PADU) di sini hari ini.

Konvensyen Perpaduan Perak itu akan diadakan di Hotel Casuarina, Ipoh yang bakal dihadiri oleh ramai pemimpin kanan PH dan Barisan Nasional (BN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI