fbpx

AirAsia tawar tambang rendah tetap sempena Tahun Baharu Cina – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke berucap pada Majlis Pengumuman Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina di AirAsia RedQ, KLIA, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SEPANG – Syarikat penerbangan kos rendah tempatan, AirAsia melancarkan promosi tambang rendah tetap penerbangan lewat malam bersempena Tahun Baharu Cina 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tempahan yang dibuka pada hari ini melibatkan tempoh perjalanan bermula 5 sehingga 15 Februari depan dengan melibatkan beberapa destinasi utama di Sabah dan Sarawak.

Katanya, promosi kali ini menyaksikan tambang ditawarkan pada harga hanya RM298 sehala dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru menuju ke Kuching, Sibu, Bintulu atau Miri di Sarawak.

“Manakala, dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang menuju ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pula, harga ditetapkan oleh operator udara berkenaan cuma RM348 sehala. Selain, AirAsia turut menyediakan 134 lagi penerbangan tambahan lewat malam ” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Tambah, Anthony Loke, pihaknya memuji usaha syarikat berkenaan menawarkan sejumlah 408 penerbangan dengan 25,000 tempat duduk sepanjang tempoh perayaan itu dengan harga tiket yang amat berpatutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI