fbpx

Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Datuk Seri palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri palsu bagi tujuan perniagaan dua tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Hazimi Abd Hamid, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan Hazimi yang juga pengusaha produk kesihatan itu didakwa telah mengeluarkan sepucuk surat bertajuk “Letter Of Intent For Research Collabaration On A Project On Ketum Product Development” kepada soerang lelaki berusia 44 tahun.

Surat itu bagi tujuan perniagaan dengan menggunakan gelaran Dato’ Sri iaitu sebagai penerima Anugerah S.S.A.P daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan juga didapati memiliki barangan Darjah Kebesaran seperti Surat Watikah Perlantikan, Kalung gelaran Dato Sri (S.S.A.P), Kad Pengesahan diri sebagai Dato’ Sri dan lain-lain peralatan daripada Negeri Pahang yang disahkan palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Mont Kiara di sini pada 1 April 2022 yang didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 3(3) enakmen yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahijman menawarkan jaminan sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin itu dengan alasan tertuduh mempunyai tanggungan empat orang anak.

“Dalam kes ini, tiada mangsa (kerugian) selain anak guam saya tiada risiko melarikan diri, pohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan,” kata peguam itu.

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Azrul kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 5 Februari ini ditetapkan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI