fbpx

80 kawasan dikenal pasti perlukan garisan bercahaya ketika malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ GHAZI (tiga dari kiri) mendengar taklimat berkaitan pemasangan garisan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) yang dipasang di Jalan Simpang Renggam - Renggam ketika melakukan lawatan kerja malam tadi.

KLUANG – Sebanyak 80 kawasan jalan di negeri ini memerlukan pemasangan garisan bercahaya ketika waktu gelap atau ‘glow in the dark’ sebagai memastikan keselamatan pengguna khususnya ketika waktu malam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sehingga kini 31 lokasi di seluruh Johor telah dipilih untuk dipasang pencahayaan pada garisan yang menggunakan teknologi dari Perancis itu.

Katanya, pemasangan garisan bercahaya dalam gelap ini adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika melalui jalan yang tidak mempunya lampu jalan serta gelap.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengkaji keberkesanan teknologi ini untuk digunakan di negeri Johor dan apabila selesai nanti ia akan diperluaskan ke kawasan lain.

“Saya difahamkan sebanyak 80 kawasan jalan memerlukan pencahayaan jalan di negeri ini yang tidak dapat dipasang lampu jalan akan dipasang pencahayaan melalui teknologi ini,” katanya kepada media malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI