fbpx

20.8 tan makanan berjaya dihantar ke penempatan Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 20.8 tan bekalan makanan berjaya dihantar kepada masyarakat Orang Asli menggunakan helikopter Unit Udara JBPM. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Operasi penghantaran bakul makanan sejumlah 20.8 tan menggunakan sebuah helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lima buah penempatan Orang Asli di daerah ini yang terputus jalan perhubungan darat selesai sepenuhnya, semalam.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Amir Fitri Salim berkata, jumlah keseluruhan penerbangan yang dilakukan sepanjang penugasan adalah sebanyak 16 penerbangan.

Katanya, penerbangan ke perkampungan Orang Asli di Pos Simpor merupakan destinasi terakhir menggunakan pesawat helikopter jenis Mi-171.

“Secara keseluruhannya pada hari pertama kita berjaya menghantar 4.7 tan, hari kedua (6.2 tan), hari ketiga (5.5 tan) dan semalam (4.2 tan). Semua operasi berjalan dengan lancar dan berjaya diselesaikan sepenuhnya sebelum anggota berlepas pulang ke Pangkalan Udara Pangkalan Wilayah Tengah hari ini,” katanya.

Sementara itu, penduduk Orang Asli di Kampung Jader, Pos Simpor, Ami Along, 59, bersyukur apabila pihak Jakoa menjalinkan kerjasama dengan Unit Udara JBPM dalam operasi menghantar bantuan makanan.

Katanya, penduduk terjejas sumber makanan apabila sukar untuk keluar kerana jalan perhubungan rosak sejak November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI