fbpx

Tak perlu bimbang kalau Sanusi yang ketuai Langkah Chow Kit – Ramanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan semasa sidang media di Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat - Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/KOSMO!

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan tidak bimbang dengan dakwaan ‘Langkah Chow Kit’ oleh Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) masih keliru dalam perancangan beliau.

“(Muhammad) Sanusi ini dia keliru, dia cakap mula-mula tiada ‘Langkah Dubai’, dia nak buat ‘Langkah Chow Kit’.

“Kalau (Muhammad Sanusi) orang yang ‘leading’ buat langkah-langkah tumbangkan kerajaan, kita tak perlu nak bimbang apa-apalah. Dia sendiri pun keliru dengan apa nak berlaku.

“Macam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkatalah, nak tumbangkan kerajaan ini tunggulah pilihan raya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, rakyat yang akan menderita ekoran pergaduhan politik jika sikap tamak mahu tumbangkan kerajaan itu berterusan.

“Ekonomi negara akan kembali stabil seperti dahulu. Ia memang akan mengambil masa, tapi kita semakin hampir dengan matlamat kita.

“Kalau ada lagi parti politik yang tidak bertanggungjawab teruskan komplot politik dan ekonomi Malaysia sekali lagi akan merundum,” jelasnya.

Ramanan Ramakrishnan turut menasihati Muhammad Sanusi untuk berhenti bermain politik dan mengharapkan pihak pembangkang untuk ‘bekerja’.

“(Muhammad) Sanusi ada kedah, pergi jaga kedah sajalah. Tak perlulah langkah Dubai langkah Chow Kit semua,” katanya.

Muhammad Sanusi sebelum ini mendakwa wujud rancangan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Pada awalnya, ia dipanggil sebagai ‘Langkah Dubai’ namun ia ditukar kepada ‘Langkah Chow Kit’ kerana kata Sanusi, Dubai itu hanya ‘dummy’ perancangan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI