fbpx

Suspek kes bunuh pengawal keselamatan direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI kejadian pengawal keselamatan dijumpai mati dipercayai dibunuh di tapak perkhemahan dekat Gunung Lang, Ipoh.

IPOH – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pengawal keselamatan di tapak perkhemahan di Gunung Lang, dekat sini, semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek lelaki berusia 31 tahun itu telah ditangkap semalam dan perintah tahanan reman ke atas lelaki itu diperoleh selama tujuh hari.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaan Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan media semalam, Yahaya memberitahu, mangsa berusia 41 tahun merupakan warga tempatan dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tepi pagar tapak perkhemahan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI