fbpx

Serpihan roket nyaris hempap rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk berkumpul melihat serpihan roket yang jatuh hanya beberapa meter dari rumah. – AsiaWire

BEIJING – Penduduk sebuah kampung di China gempar apabila serpihan roket yang baru dilancarkan jatuh dan meletup berhampiran rumah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Guangxi pada 26 Disember lalu, serpihan besar roket jatuh di sebuah kawasan hutan, hanya beberapa meter dari rumah penduduk kampung.

Tidak dijelaskan sama ada terdapat penduduk yang cedera dalam insiden itu.

Serpihan tersebut dipercayai daripada roket yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada hari sama, yang jatuh semula ke Bumi beberapa jam kemudian.

Ia merupakan sebahagian daripada Beidou iaitu sistem navigasi radio berasaskan satelit yang dikendalikan oleh Pentadbiran Angkasa Negara China.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan selepas kejadian itu dilaporkan sebelum kemudiannya mengesahkan bahawa objek yang tidak diketahui itu adalah serpihan daripada roket. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI