fbpx

Polis sedang kesan Fitri, Zikri hilang sejak Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua orang adik beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor, Isnin lalu.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dua orang adik beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim, remaja yang dikenali sebagai Wan Azfar Fitri Wan Azhar dan adiknya Wan Azfar Zikri dilihat buat kali terakhir di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya selepas balik daripada solat subuh.

Ahmad Faizal berkata, kehilangan dua remaja tersebut disedari oleh ibu bapa mereka pada hari Isnin, pukul 6.30 pagi.

“Pakaian terakhir mereka ialah berbaju warna tidak pasti dan berseluar trek warna gelap.

“Difahamkan, mereka keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapa selepas pulang dari surau,” katanya.

Menurut Ahmad Faizal, kedua-dua ibu bapa remaja berkenaan membuat laporan polis pada hari Selasa sekitar pukul 9.19 pagi.

“Remaja terbabit tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri kerana disimpan oleh ibu mereka serta tidak mempunyai telefon bimbit,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua beradik berkenaan diminta supaya memaklumkan balai polis berhampiran atau menghubungi ibu bapa remaja itu menerusi talian 01133772289 dan 01111335305 atau pegawai penyiasat 0135547435. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI