fbpx

Pemain Kelantan FC nak hisap gam, dakwa gaji masih tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dipercayai perbualan pemain pasukan Kelantan FC.

PETALING JAYA – Tangkap layar perbualan pemain Kelantan FC melalui aplikasi WhatsApp yang tersebar di laman sosial ketika ini seakan-akan menceritakan penderitaan mereka akibat dari gaji yang tertunggak.

Malah ada dalam kalangan pemain-pemain pasukan dari pantai timur itu sanggup untuk menghisap gam kerana tekanan terlampau tinggi disebabkan pengurusan masih tidak menyelesaikan isu gaji tertunggak pemain pasukan itu.

“Assalamualaikum, sikit lagi saya nak hisap gam ini, tolong suggest sikit Encik Norizam (pemilik Kelantan FC) gam apa yang best,” tulis seorang pemain.

Bukan itu sahaja, ada juga luahan pemain-pemain lain yang menyatakan kenderaan mereka juga hampir ditarik pihak bank kerana bayaran telah tertunggak.

“Nak tunggu kereta kena tarik dulu seorang-seorang kena halau rumah dulu seorang-seorang macam itu,” kata pemain Kelantan FC.

Terdahulu, pemilik kelab yang diberi jolokan The Red Worrior itu, Nurizam Tuliman atau lebih dikenali Bos Zam menjelaskan gaji tertunggak tujuh pemain pasaukan tersebut telah dilunaskan pada Ogos lalu.

Malah, Bos Zam juga turut menyatakan rundingan dengan pemain terlibat telah selesai. Manakala rayuan terhadap badan induk Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah dilakukan bagi mengekalkan pasukan itu bersaing pada Liga Super untuk musim baru. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI