fbpx

Malaysia bantah, kecam sebarang bentuk keganasan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Malaysia mengutuskan takziah kepada Iran susulan kejadian letupan bom di Wilayah Kerman, semalam yang telah mengorbankan hampir 100 nyawa dan mencederakan lebih 200 orang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengutuk, mengecam dan membantah sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa.

“Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti. Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan.

“Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Tambah Anwar, di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat, ujar beliau. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI