fbpx

Isteri pertama pinang rakan baik jadi madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dimuat naik Loqman pada majlis pernikahannya yang berlangsung di Kampung Kolam Limbongan pada 24 Disember lalu.

MELAKA – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tular di media sosial hari ini mengenai hantaran dimuat naik seorang mutawif yang mendedahkan dirinya berkahwin buat kali kedua hasil perancangan isteri pertamanya.

Hantaran itu dibuat Mohd. Loqman Mohd. Salleh, 38, di akaun Facebook yang memaparkan dirinya dan dua isteri mengenakan busana putih dalam satu majlis di Kampung Kolam Limbongan dekat sini, dua minggu lalu.

Mohd. Loqman ketika dihubungi pemberita berkata, pinangan tersebut telah dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Mastura Zulkifli, 33, untuk bersama-sama berkongsi kebahagiaan berumah tangga.

Ujarnya, dia dan isterinya itu tidak mempunyai sebarang masalah serta telah dikurniakan tiga cahaya mata berusia empat sehingga 11 tahun hasil perkahwinan mereka selama 12 tahun.

“Isteri kedua saya, Norain Mohd. Isa juga berusia 38 tahun dan merupakan sahabat kepada isteri pertama.

“Perkahwinan ini merupakan perancangan isteri pertama dan keizinan daripada sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut dia memberitahu, pernikahan itu bukan sahaja meraikan dia dan isteri baharunya tetapi isteri pertama yang membawa niat ingin berkongsi kebahagian bersama-sama.

“Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami, sentiasa bercakap benar dengan isteri dalam apa jua perkara, Insya-Allah akan kekal hingga ke syurga,” ujarnya.

Terdahulu, hantaran dimuat naik Mohd. Loqman turut dihujani ucapan tahniah di atas perkahwinan keduanya dan dikongsi semula lebih 290 pengguna Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI