fbpx

Isteri pantang gosok baju suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut memilih untuk berehat berbanding melakukan pekerjaan di rumah seperti menggosok baju. – iStock

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand meluahkan rasa tertekan dengan sikap ibu mentua yang sering memarahinya kerana dia enggan menggosok baju suaminya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menerusi luahan di platform media sosial, wanita yang identitinya tidak didedahkan itu berkata, dia dan suami tinggal bersama keluarga mentua, namun kekangan kerja menyebabkab dia hanya pulang pada hari Jumaat hingga Ahad.

Kata wanita itu lagi, apabila berada di rumah, dia memilih untuk berehat berbanding melakukan kerja rumah seperti menggosok baju.

Namun, sikap ibu mentua yang sering memarahinya kerana enggan menggosok baju suami menyebabkan wanita berkenaan  tertekan.

Wanita itu berkata, ibu mentuanya sering menggosok baju suaminya ketika lelaki tersebut masih bujang, menyebabkan dia mengharapkan menantunya melakukan perkara serupa.

Pendedahan wanita tersebut mendapat perhatian  netizen yang rata-rata berpendapat bahawa ibu mentuanya masih berpegang kepada pemikiran lama iaitu isteri wajib menjaga semua keperluan suami.

Bagaimanapun, sebilangan netizen lain berkata, tiada pihak yang betul atau salah dalam situasi tersebut memandangkan sesetengah individu rela dan tidak mempunyai masalah untuk menggosok baju pasangan mereka. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI