fbpx

Imam masjid New Jersey mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta polis diletakkan di luar Masjid Muhammad-Newark kelmarin. - Kyle Mazza / TheNEWS2 via Zuma / Alamy

TRENTON, NEW JERSEY – Polis masih mengesan seorang lelaki bersenjata yang menembak seorang imam di luar sebuah masjid dalam kejadian di negeri New Jersey, lapor saluran berita NBC News.

Pengarah Keselamatan Awam Newark, Fritz Frage berkata, kes tembakan itu berlaku sekitar pukul 6.15 pagi (waktu tempatan) di South Orange Avenue and Camden Street semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Hassan Sharif, kemudian dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Dia meninggal dunia akibat kecederaan sekitar pukul 2.20 petang (waktu tempatan) pada hari yang  sama.

Suspek yang memakai pakaian serba hitam dilihat melarikan diri dari lokasi kejadian. Tiada butiran lain mengenai suspek ditemui oleh pihak berkuasa. 

Pemangku Pendakwa Raya Daerah Essex, Theodore Stephens bagaimanapun memaklumkan bahawa Sharif telah ditembak lebih daripada sekali.

“Ketika insiden berat sebelah terhadap orang Islam melonjak, keganasan senjata api ini meningkatkan ketakutan dan kebimbangan di negara kita (Amerika Syarikat),” kata Peguam Negara New Jersey, Matthew Platkin.

Majlis Hubungan Amerika-Islam berkata, laporan mengenai insiden prejudis terhadap orang Islam di seluruh AS meningkat sejak perang Palestin-Israel bermula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI